Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Nov 25, 2013

TIPS :: Cara nak halau semut

Salam semuanya...........

Satu petang hari cuti...
kc puas meyapu kat dalam rumah...
pas tuh ke garage plak..
abis garage p dapor plak...
Ya Rabbi banyaknya semut kat dalam rumah aku nih....
Kat area tiang kat parking kete tu lagi la banyak bukan main lagi...
Sampai rasa sedih plak..sebab tak ada apa2 pon yang manis bersepah ke hape....
tapi semut berteritip ke sana sini sesuka hati....



ada jek la semut2 nih..
ringan tangan kc angkat sembur shieldtox...
baru nak sembur tetiba kc teringatkan sesuatu...

Member opis kc pernah post kat fb katanya
cara nak halau semut bukan dengan sembur racun ke shieldtox ke...
tapi denga ucapan untuk semut2 tersebut.




KC tulis balik apa yang ada kat dalam pic tuh okeh...

JGN BUNUH SEMUT!
kalau nampak semut banyak2 dalam rumah seperti yg pernah dipesan oleh nabi kita junjungan rasullullah dulu kita ucaplah ..
"Assalamualaikum rakyat Nabi Sulaiman a.s.. 
Ini rumahku.. Aku mahukan kebersihan.. 
Kamu adalah makhluk Allah s.w.t. yg sentiasa berzikir kepadaNya.. 
Jika kamu mahu membuat sarang untuk meneruskan hidup kamu, kamu hiduplah di luar rumahku yg berdekatan dengan rumahku agar kamu selamat".. 

Jika kita tak suka semut2 berada di dalam rumah, kita jangan sembur ridsect/sheildtox/bakar semut2 tu. Kita tegur mereka dengan bagi Salam ke atas Nabi Sulaiman a.s.. sebab semut2 ni adalah rakyat Nabi Sulaiman a.s..Semut2 ni juga serangga yg sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t. sepanjang masa.. Kisah semut ni pun ada di dalam Al-Quran ^^

Cintai Rasulullah s.a w. dengan mengamalkan segala sunnahnya..


Dan yang paling kc terkesima...
selepas 1/2 jam...semut2 dah tak ada lagi kat kawasan tiang yang biasanya diaorang dok suka lepak kat situ dah....esok paginya pon kc tinjau kawasan tuh...Alhamdulillah hanya tinggal seekor dua jek yang berlegar2 kat kawasan tiang tuh..tengok tempat lepak lama agaknya....

Cam tu la kat kawasan mana pon kc jumpe kumpulan semut nih kc akan ucap benda yang sama...Insyaallah bila kita yakin..segala akan boleh dilakukan..

Wallahhualam....
Tema kasih sebab sudi baca...


L.O.V.E : Alhamdlillah..masih lagi bernafas di bumi Allah.....


Nov 21, 2013

RUMAH IDAMAN :: mari mengilatkan dapur kita

Salam semuanya...........


Hii..
lama gak la tak cerita pasal susun atur dan cara kemas umah dan sebagainya...
heheh..ahkak bizi okeh...

Dulu masa belom ada dapur kaca...sibuk nak dapur kaca...
pas dah ada dapur kaca nih mengeluh plak kc sebab nak jaga ya hampunnnnnnn...
lebih2 lagi kaca nya tuh kaler itam..
memang yang azab nak menjaga..
setitik air pon nampak kesannya tuh..
Kena sayang2 nak guna tuh sebab malas nak menyental lepas tuh...

Tapi takpe kc ada jalan penyelesaian yang maha dasyat....ahahaha..ok boleh gelak ramai2...




KC gunakan CIF sebagai pembersih...
Beli kat supermarket dekat2 umah jek...
bawah RM10 la..harga kc lupe...
yang nih jenis cream putih gitu..letak la sebanyak mana korang nak...
Gunakan kain basah untuk sental segala kotorang yang melekat pada dapur anda..



Nampak???
Bersekudal dengan bekas2 karat gitu...
memang sakit hati dan sakit mata la tengok..
kalau tak di gosok kang lama2 jadi karat plak...
memang kena sental sikit laaa...

Kesan2 nih kc dapat dari hasil masak sup tulang..
masak sup tulang memang la lama,,,pas tuh air sup yang jatuh2 tuh yang boleh sebabkan kotoran melekat dengan dasyat nih...
sabo jek laaaa...



berkilat tak???
sebenarnya yang kat tungku masak tuh pon ilang...
ngam2 kc punya hp abis bateri..tak dan nak ngambik gambonya....
Yang kat tungku tuh kena guna span yang agak kasar sikit sebab kawasan tuh agak sukar sikit nak sental kalau guna kain biasa. memang memerlukan kesabaran la nak menyental tuh...Tapi dengan bantuan CIF insyaallah lebih mudah nak ilangkan kotoran tuh..

Korang guna apa untuk sental kotoran kat dapur...
meh la kongsi dengan kc...
mana tau korang punya tips2 nak jaga dapur boleh kc ikut...


Thanks 4 reading...tata..

L.O.V.E : i love cooking...bluekkkkk!! ahahaha

Oct 15, 2013

TIPS : WARNA DALAMAN RUMAH DAN KESANNYA TERHADAP TIDUR ANDA

Salam semuanya.

KC ada cite tu ari kan pasal kc cat bilik tidur utaman kaler biru. Tak baca jugak?? ishishishhh..meh klik sini. Sengaja la tuh takmo baca.... Time kc mencari2 kaler apa yang sesuai dengan ruangan tidur. kc ada terjumpa satu perkara yang kc rasa kita tak ambik pusing atau tak kisah pon. Rupa2 nya warna bilik tidur kita memainkan peranan supaya kita dapat tidur yang lebih berkualiti dan bangun pada esok pagi dengan segar.  Selama nih kita pilih kaler ruang pakai ikut selera mata jek. kita tak ambik kira pon pasal benda2 nih. 

Menurut Travel Lodge,warna bilik tidur anda sangat berpengaruh terhadap tubuh dan warna yang kita pilih menentukan selama mana mata kita dapat tertutup.

Jom kc nak kongsi.  

Biru
Warna biru adalah warna dengan tenaga positif yang mampu menenangkan dan menciptakan kenikmatan tidur, mampu menghilangkan kepenatan, menjauhkan diri dari segala kesibukan dan kelelahan hidup sehari-hari. Warna ini bisa dijadikan sebagai warna dominan ruang tidur dan bila ingin digabungkan dengan warna lain, gunakan warna putih atau kuning sebagai aksen untuk menguatkan citra positif dari warna biru.

Waktu Tidur : 7 Jam 52 minit 

Kuning
Adalah warna yang berkesan hangat, mampu menciptakan perasaan hangat yang mencerahkan sekaligus membawa kehangatan ke dalam bilik. Namun penggunaan warna kuning untuk seluruh ruangan kurang cocok untuk kamar tidur, kerana kuning adalah warna yang bersifat stimulant dan membuat otak lebih terjaga. Gunakan kuning sebagai aksen dari warna putih atau biru untuk semakin menguatkan kesan dari kedua warna tersebut.
Waktu Tidur: 7 Jam 40minit


Hijau
Warna Hijau bersifat menyejukkan, meneduhkan dan memberi rasa rileks. Anda dapat menggunakannya sebagai warna utama untuk kesan yg rileks dan teduh, atau memadukannnya dengan warna putih sebagai aksen untuk memberikan kesan lega, dan bersih. Hindari paduan warna hijau dengan biru, karena akan terlihat “mati”

Waktu tidur: 7 Jam 36 Minit 

Kelabu
warna bagi intelek, berpengetahuan, dan bijaksana. Ia diertikan sebagai tahan lama, klasik, dan selalu juga sebagai licin atau halus. Ia juga lebih bersifat konservatif dan membawa maksud berkuasa. Kelabu juga dianggap sebagai warna yang boleh bertolak ansur, mungkin kerana kedudukannya di antara hitam dan putih. Kelabu adalah warna neutral yang sempurna, di mana para pereka selalu menggunakannya sebagai warna bagi latar belakang. Sedikit sentuhan warna kelabu berguna untuk mendapatkan mood yang mantap, tetapi, terlalu banyak warna kelabu, hanya akan menimbulkan rasa 'kosong'.
Waktu Tidur: 7 Jam 33minit

Oren
Warna ini menjadi pilihan yang sesuai untuk kamar tidur anak lelaki. aura ceria, jauh dari kesan feminim adalah kesan yang ditimbulkan. cocok diaplikasikan dengan anak lelaki yang suka akan kepraktisan dan cenderung bergerak dinamis. terkesan jantan tetapi tetap lembut dipandang. Warna orange juga bisa merefleksikan kepribadian maskulin.
Waktu tidur: 7Jam 28minit 

Merah
Sesuai sebagai warna aksen, dapat memberi kesan cerah dan penuh semangat. Warna ini sebaiknya jangan dijadikan sebagai warna utama tetapi lebih pas jika Anda pilih untuk aksen yang nantinya membuat kamar tidur tampil lebih menarik.   Jadi, jika ingin mengaplikasikan warna merah, perhatikan pemilihan tone dan luas ruangnya. Merah memberikan efek lebih sempit, dia akan tampak dramatis jika dikombinasikan dengan warna-warna yang tidak menonjol seperti putih, krem, dan kuning muda.
Waktu tidur : 6 Jam 38minit

Coklat
kestabilan, kebolehpercayaan, setiakawan, dan senang didekati. Coklat ialah warna bumi (tanah) dan dikaitkan dengan semua unsur semulajadi dan organik. Ia juga mampu memberi suasana nyaman dan selesa. Coklat sesuai digunakan untuk ruang-ruang yang kerap menjadi tumpuan seperti ruang tamu. Coklat juga boleh dipadankan dengan warga 'garang' atau warna 'hangat'.
Waktu Tidur : 6 Jam 5 minit


Ungu (Purpple)
eksotik, kerana jarang atau luar biasa bagi warna alam semulajadi. Ia melambangkan raja, bangsawan, kerohanian, dan misteri. Ungu mengandungi keseimbangan unsur merah yang merangsang dan biru yang menenangkan. Kesan sesetengah tona ungu mungkin agak keterlaluan, tetapi penggunaan tona seperti pastel lavender untuk sebuah bilik boleh memberi rasa segar dan 'terangkat'. Dengan unsur raja dan mistik, ungu menggambarkan ciri kemewahan dan kekayaan. Warna ini juga boleh membantu minda dalam menyelesaikan masalah. Selain itu, ungu turut menjadi warna kegemaran bagi kebanyakan remaja perempuan. 
Waktu Tidur : 6 Jam 5 minit 



Info nih kc cari dari pelbagai sumber dan ada jugak kc olah menggunakan ayat sendiri, tapi dari segi waktu tidur tuh memang si Travel Lodge nih yang kata. Ianya boleh di jadikan rujukan untuk dalam memilih warna kediaman kita. Kajian nih di buat oleh orang Indonesia..so kalau ada bahasa2 yang agak terkesebelah sana sikit. mohon rujuk kamus ekkkk..hihih


L.O.V.E :  apa warna pilihan anda.berapa lama anda nak berehat..tepuk dada tanyalah selera.