KC ada cite tu ari kan pasal kc cat bilik tidur utaman kaler biru. Tak baca jugak?? ishishishhh..meh klik sini. Sengaja la tuh takmo baca.... Time kc mencari2 kaler apa yang sesuai dengan ruangan tidur. kc ada terjumpa satu perkara yang kc rasa kita tak ambik pusing atau tak kisah pon. Rupa2 nya warna bilik tidur kita memainkan peranan supaya kita dapat tidur yang lebih berkualiti dan bangun pada esok pagi dengan segar. Selama nih kita pilih kaler ruang pakai ikut selera mata jek. kita tak ambik kira pon pasal benda2 nih.
Menurut Travel Lodge,warna bilik tidur anda sangat berpengaruh terhadap tubuh dan warna yang kita pilih menentukan selama mana mata kita dapat tertutup.
Jom kc nak kongsi.
Biru
Warna biru adalah warna dengan tenaga positif yang mampu menenangkan dan menciptakan kenikmatan tidur, mampu menghilangkan kepenatan, menjauhkan diri dari segala kesibukan dan kelelahan hidup sehari-hari. Warna ini bisa dijadikan sebagai warna dominan ruang tidur dan bila ingin digabungkan dengan warna lain, gunakan warna putih atau kuning sebagai aksen untuk menguatkan citra positif dari warna biru.
Waktu Tidur : 7 Jam 52 minit
Kuning
Adalah warna yang berkesan hangat, mampu menciptakan perasaan hangat yang mencerahkan sekaligus membawa kehangatan ke dalam bilik. Namun penggunaan warna kuning untuk seluruh ruangan kurang cocok untuk kamar tidur, kerana kuning adalah warna yang bersifat stimulant dan membuat otak lebih terjaga. Gunakan kuning sebagai aksen dari warna putih atau biru untuk semakin menguatkan kesan dari kedua warna tersebut.
Waktu Tidur: 7 Jam 40minit
Hijau
Warna Hijau bersifat menyejukkan, meneduhkan dan
memberi rasa rileks. Anda dapat menggunakannya sebagai warna utama untuk kesan
yg rileks dan teduh, atau memadukannnya dengan warna putih sebagai aksen untuk
memberikan kesan lega, dan bersih. Hindari paduan warna hijau dengan biru,
karena akan terlihat “mati”
Waktu tidur: 7 Jam 36 Minit
Kelabu
warna bagi intelek, berpengetahuan, dan bijaksana. Ia diertikan sebagai tahan lama, klasik, dan selalu juga sebagai licin atau halus. Ia juga lebih bersifat konservatif dan membawa maksud berkuasa. Kelabu juga dianggap sebagai warna yang boleh bertolak ansur, mungkin kerana kedudukannya di antara hitam dan putih. Kelabu adalah warna neutral yang sempurna, di mana para pereka selalu menggunakannya sebagai warna bagi latar belakang. Sedikit sentuhan warna kelabu berguna untuk mendapatkan mood yang mantap, tetapi, terlalu banyak warna kelabu, hanya akan menimbulkan rasa 'kosong'.
Waktu Tidur: 7 Jam 33minit
Oren
Warna ini menjadi pilihan yang sesuai untuk kamar tidur anak lelaki. aura ceria, jauh dari kesan feminim adalah kesan yang ditimbulkan. cocok diaplikasikan dengan anak lelaki yang suka akan kepraktisan dan cenderung bergerak dinamis. terkesan jantan tetapi tetap lembut dipandang. Warna orange juga bisa merefleksikan kepribadian maskulin.
Waktu tidur: 7Jam 28minit
Merah
Sesuai sebagai warna aksen, dapat memberi kesan
cerah dan penuh semangat. Warna ini sebaiknya jangan dijadikan sebagai warna
utama tetapi lebih pas jika Anda pilih untuk aksen yang nantinya membuat kamar
tidur tampil lebih menarik. Jadi, jika ingin mengaplikasikan warna
merah, perhatikan pemilihan tone dan luas ruangnya. Merah memberikan efek lebih
sempit, dia akan tampak dramatis jika dikombinasikan dengan warna-warna yang
tidak menonjol seperti putih, krem, dan kuning muda.
Waktu tidur : 6 Jam 38minit
Coklat
kestabilan, kebolehpercayaan, setiakawan, dan
senang didekati. Coklat ialah warna bumi (tanah) dan dikaitkan dengan semua
unsur semulajadi dan organik. Ia juga mampu memberi suasana nyaman dan selesa.
Coklat sesuai digunakan untuk ruang-ruang yang kerap menjadi tumpuan seperti
ruang tamu. Coklat juga boleh dipadankan dengan warga 'garang' atau warna
'hangat'.
Waktu Tidur : 6 Jam 5 minit
Ungu (Purpple)
eksotik,
kerana jarang atau luar biasa bagi warna alam semulajadi. Ia melambangkan raja,
bangsawan, kerohanian, dan misteri. Ungu mengandungi keseimbangan unsur merah
yang merangsang dan biru yang menenangkan. Kesan sesetengah tona ungu mungkin
agak keterlaluan, tetapi penggunaan tona seperti pastel lavender untuk sebuah
bilik boleh memberi rasa segar dan 'terangkat'. Dengan unsur raja dan mistik,
ungu menggambarkan ciri kemewahan dan kekayaan. Warna ini juga boleh membantu
minda dalam menyelesaikan masalah. Selain itu, ungu turut menjadi warna
kegemaran bagi kebanyakan remaja perempuan.
Waktu Tidur : 6 Jam 5 minit
Info nih kc cari dari pelbagai sumber dan ada jugak kc olah menggunakan ayat sendiri, tapi dari segi waktu tidur tuh memang si Travel Lodge nih yang kata. Ianya boleh di jadikan rujukan untuk dalam memilih warna kediaman kita. Kajian nih di buat oleh orang Indonesia..so kalau ada bahasa2 yang agak terkesebelah sana sikit. mohon rujuk kamus ekkkk..hihih
L.O.V.E : apa warna pilihan anda.berapa lama anda nak berehat..tepuk dada tanyalah selera.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih ler...sebab komen... :) jangan segan2 singgah ler selalu yek...tq bebeh....