Apr 26, 2010

KOMUNIKASI SUAMI ISTERI : elakkan....??

salam blogger...
terpanggil ari ni aku nak kongsi satu pembacaan dalam majalah kegemaran...
wanita..
lidah adalah anggota tertajam dalam badan manusia..kadang2 tanpa perasan atau perasaan lidah mampu mengores hati kecil tanpa sedar dan tidak...kadang kala rasa sakit, luka dari bicara lidah tak kan mampu sembuh  sampai bila..hebatnya kesan dari kata-kata...


jum tengok apa  perkara yang patut di elakkan..

1. Berprasangka...
    come on...kaum wanita, kita seringkali di kaitkan dengan perkara nih...tapi bila difikirkan ada kebenarannya...walhal tadi baru kita iringi suami kita ke ruang pintu dengan senyum meleret untuk ucap selamat jalan...sentiasa iringi sang suami dengan doa..semoga apa yang berlaku di luar adalah perkara yang baik2 sahaja...

2. rasa diri seperti betol..
kadangkala kita kalau bercakap nak betol aja...mengaku la adakalanya kita juga tersilap pada satu2 ketika...

3. ungkit kisah lama..
bab ungkit mengungkit nih..tak boleh cakap sapa2...semua perempuan kot buat perkara nih...(termasuk la diri ini..hehehe)bukan apa pon..kadang nak puaskan hati jek.. kadang2 kisah tuh berlaku 18tahun yang lepas pon masih nak ungkit...elakkan mengungkit kisah lama kecuali lah dengan sebab seperti untuk memberi penjelasan kepasa sesuatu....

4. minta puji selalu..
"abang...saya masih camtik tak?? "  kalau soalan yang sama di tanya sehari berkali2...apa perasaan sang suami??? agak2 rasa nak bagi apa....elakkan laaa...

5. membuat perbandingan..
perkara ni bukan saja dari pihak isteri..skadang2 pasangan sering membandingakan mereka dengan pasangan yang lain..."kenapa la awak tak siap2 pagi2 sebelum saya pergi kerja macam orang sebelah tuh" perkataan bergini kelihatan tidak mengandungi apa2 maksud pada kaum lelaki...tetapi sedarlah bahawa kejadian sebegini sedikit sebanyak mengguris perasaan sang isteri...tegur isteri dengan cara yang paling berhemah,,,, contoh : "abang rasa..awak cantik sangat kalau awak mandi pagi2..wangi2...dot..dot..."ayat nih lebih manis kan???

6. menggunakan bahasa kasar..
ayat seperti "kenapa la awak ni keras kepala sangat...tak dengar cakap...dot..dot...."..sedarlah sang suami ayat sebegini tidak akan mengubah apa..malah akan membuat pasangan bertambah 'panas'...

7. tidak menghargai sikap positif..
saya percaya tidak ramai sang suami yang 'pandai' mengucapkan terima kasih atas kerja-kerja yang berjaya dilakukan ister...apa salahnya menghargai kerja keras isteri sepanjang hari melayan kerenah isi rumah yang buka sedikit dengan seungkap kata TERIMA KASIH..

8. BERBOHONG..
ini adalah perkara yang sangat-sangat mesti dielakkan dalam hubungan rumahtangga..bak kata orang dulu2..."siakap senohong, gelama ikan duri..bercakap bohong..lama2 mencuri "..tiada gunanya mencurah perasaan berjam-jam lamanya..jika kata2 semuanya dusta..sebagaimana anda tidak mahu ditipu..begitu juga pasangan anda...

9. jangan biarkan campur tangan pihak ke3..
biarpun sezarah mana masalah..elakkan dari campurtangan pihak ke 3..walaupun mereka adalah saudara terdekat...kita kadang2 terlepas pandang perkara ini...ianya akan menjatuhkan air muka pasangan...dan menyebabkan pasangan berasa rendah diri..jika masih boleh deselesaikan cari lah jalannya...jika terpaksa juga meminta bantuan...mintalah dengan orang yang benar2 anda percayai...


LOVE : kerana aku jua manusia biasa....

Apr 21, 2010

tips untuk ibu bekerjaya...

salam blogger...
tips ni bukan untuk orang lain...alkisah dikongsi juga untuk diri sendiri...
mudah2 an dapat memberi inspirasi..
dalam manjalani kehidupan ibu masakini.....

hurmmmm....
meninggalkan anak bersama pengasuh sepatutnya tidak digalakan...tetapi jika tugasan menuntut apa boleh dilakukan..
kita dah tak ada pilihan...

jom jenguk apa2 tips kalau2 kita boleh kongsi bersama...


sayu rasa hati ini bila permata hati pandai mengiring sewaktu saya tidak disisi berkursus 15hari...dalam hati sang puteri mesti berkata..ingin mamanya berada disisi...memberi tepuk tangan bila berjaya membuat pelbagai aksi..walau sang puteri semestinya masih tak mengerti...
.
ok jum jernguk jap tips yang ingin sy kongsi...
1. Luangkan waktu sebelum anak tidur - Jika anda menganggap keluarga keutamaan dalam hidup, pastikan pulang dari tempat kerja sebelum si kecil tidur. Dengan begitu, walau pun sebentar anda tetap dapat menghabiskan waktu untuk bermain-main bersama anak.
2. Hujung minggu pastikan tanpa pengasuh - Hujung minggu adalah saat yang tepat untuk menyegarkan fikiran dengan berjalan-jalan bersama dengan keluarga. Paling penting sebenarnya adalah perhatian, meskipun hanya beristirahat di rumah, pastikan anda memiliki waktu yang berkualiti berdua dengan anak. Bagi wanita bekerjaya yang jadual kerjanya tidak cuti pada hari hujung minggu, lakukan perkara sama walaupun harinya berbeza. (khas untuk warga Kolej Komuniti, PSH terutamanya...)
3. Dahulukan keutamaan - Jangan bawa pekerjaan pejabat ke rumah. Di rumah, anda adalah milik suami dan anak-anak. Saat itu menikmati waktu berharga bersama keluarga tercinta.
4. Ambil cuti atau berhenti jika tiada pilihan - Memiliki anak adalah komitmen. Meskipun akan menjadi dilema, usahakan fokus mengambil berat mengenai anak khususnya pada kesihatan anak jika sedang sakit. Seboleh-bolehnya, anda sendiri yang membawa anak berjumpa doktor jika sakit. Berbuat demikian membolehkan anda akan mendapatkan maklumat yang lebih tepat mengenai penyakit yang dihidapi anak dan bukan mendengarnya melalui orang lain. Tindakan yang anda boleh buat ialah mengambil cuti ataupun berhenti sementara jika keadaan terlalu mendesak.

so amacam mama2, ibu2, umi...dan sebagainya...ini hanya satu daripada 1juta tips yang boleh kita praktikkan...mudah2 an kita sama2 dapat jadi ibu bekerjaya..namun masih menjadi permata di hati sang suami..dan si puteri....

LOVE : kerana cinta itu milik kita...