Apr 21, 2010

tips untuk ibu bekerjaya...

salam blogger...
tips ni bukan untuk orang lain...alkisah dikongsi juga untuk diri sendiri...
mudah2 an dapat memberi inspirasi..
dalam manjalani kehidupan ibu masakini.....

hurmmmm....
meninggalkan anak bersama pengasuh sepatutnya tidak digalakan...tetapi jika tugasan menuntut apa boleh dilakukan..
kita dah tak ada pilihan...

jom jenguk apa2 tips kalau2 kita boleh kongsi bersama...


sayu rasa hati ini bila permata hati pandai mengiring sewaktu saya tidak disisi berkursus 15hari...dalam hati sang puteri mesti berkata..ingin mamanya berada disisi...memberi tepuk tangan bila berjaya membuat pelbagai aksi..walau sang puteri semestinya masih tak mengerti...
.
ok jum jernguk jap tips yang ingin sy kongsi...
1. Luangkan waktu sebelum anak tidur - Jika anda menganggap keluarga keutamaan dalam hidup, pastikan pulang dari tempat kerja sebelum si kecil tidur. Dengan begitu, walau pun sebentar anda tetap dapat menghabiskan waktu untuk bermain-main bersama anak.
2. Hujung minggu pastikan tanpa pengasuh - Hujung minggu adalah saat yang tepat untuk menyegarkan fikiran dengan berjalan-jalan bersama dengan keluarga. Paling penting sebenarnya adalah perhatian, meskipun hanya beristirahat di rumah, pastikan anda memiliki waktu yang berkualiti berdua dengan anak. Bagi wanita bekerjaya yang jadual kerjanya tidak cuti pada hari hujung minggu, lakukan perkara sama walaupun harinya berbeza. (khas untuk warga Kolej Komuniti, PSH terutamanya...)
3. Dahulukan keutamaan - Jangan bawa pekerjaan pejabat ke rumah. Di rumah, anda adalah milik suami dan anak-anak. Saat itu menikmati waktu berharga bersama keluarga tercinta.
4. Ambil cuti atau berhenti jika tiada pilihan - Memiliki anak adalah komitmen. Meskipun akan menjadi dilema, usahakan fokus mengambil berat mengenai anak khususnya pada kesihatan anak jika sedang sakit. Seboleh-bolehnya, anda sendiri yang membawa anak berjumpa doktor jika sakit. Berbuat demikian membolehkan anda akan mendapatkan maklumat yang lebih tepat mengenai penyakit yang dihidapi anak dan bukan mendengarnya melalui orang lain. Tindakan yang anda boleh buat ialah mengambil cuti ataupun berhenti sementara jika keadaan terlalu mendesak.

so amacam mama2, ibu2, umi...dan sebagainya...ini hanya satu daripada 1juta tips yang boleh kita praktikkan...mudah2 an kita sama2 dapat jadi ibu bekerjaya..namun masih menjadi permata di hati sang suami..dan si puteri....

LOVE : kerana cinta itu milik kita...

4 comments:

  1. tapi kalau anak aku yg nak gi umah pengasuh macam mana? ko nak suh aku beranak lagi la tu...sebab anak aku suka berkawan! hahaha

    ReplyDelete
  2. ahahahahhaha...tak reti2 lagi yang anak ko tu dah besar..nak kawan bersembang2...heheheheh..apa lagi..mulakan la untuk cepat2 dapatkan adik untuk si alya..hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih ler...sebab komen... :) jangan segan2 singgah ler selalu yek...tq bebeh....