May 8, 2012

e-Filing korang dah ke belum????

salam semuanya.........

 


nampak sibuk tak...??? ahahaha..
semua orang tahu kot...kepada sesiapa yang tak tau meh kc kongsi sikit tentang perkara nih...Kc sedang berusaha bersungguh2 untuk menyiapkan e-filing nih sebelum tarikh tutup 15 Mei 2012 nih..tu pon sepatutnya sapmai 30 April jek..dah dilanjutkan dah. Borang memang agak sukar nak isi sebab banyak yang kita nak kena semak. Penyata Pendapatan tahunan la, segala bagai resit2 pembelian nak kena simpan. Hadoooiii...walau susah KC letak jugak ni sebagai priority. Rakyat Malaysia kan??? hihihhi

So..sebelum isi e-filing tuh korang dah ke belum dapatkan no. fail korang..kalau belum leh la rujuk sini untuk membuatnya...kat sini kc pon rujuk web site LHDN jugak....so..meh la reramai isi...kena atau tak kena cukai no 2..yang pertamanya wajib isi...Tadaaa......



Siapa yang perlu mendaftar Fail Cukai Pendapatan ?
  • Individu yang memperoleh pendapatan layak dikenakan cukai
  • Individu yang menjalankan perniagaan
  • Pekerja baru yang dikenakan Potongan Cukai Berjadual (PCB)
  • Syarikat yang baru memulakan perniagaan
  • Individu/syarikat yang ingin menuntut bayaran balik kredit cukai yang telah dipotong daripada
    pendapatan dividen 
Mendapatkan fail @ no. fail nih boleh la korang walk in jek kat kaunter LHDN berdekatan atau lalu web site LHDN (click sini)..dan dapatkan no. fail korang. Ada pelbagai kategeri sebenarnya korang cekadaut la kat bawah nih. Tengok korang kategeri mana...

   
Dokumen sokongan yang diperlukan :
Kategori
Dokumen Sokongan
1. Individu tidak menjalankan perniagaan
  • Kad Pengenalan (Kad Pengenalan Baru, Tentera, Polis atau Pasport)
2. Individu menjalankan perniagaan
  • Kad Pengenalan (Kad Pengenalan Baru, Tentera, Polis atau Pasport)
  • Sijil Pendaftaran Perniagaan
3. Syarikat
  • Borang 9 & Borang 49 (Suruhanjaya Syarikat Malaysia)
Hantar dokumen sokongan melalui :
  • e-mel : edaftar@hasil.gov.my
  • Faks : 03-42893737 / 03-42894020 / 03-42894080
    (Penting : Sila Nyatakan No. Permohonan Anda)
  • Masalah/Aduan/Komen : Hubungi 1-300-88-3010
Bila nombor rujukan Cukai Pendapatan akan diperolehi ?
Dalam tempoh 3 hari bekerja selepas permohonan dibuat secara online.
Cara menyemak status permohonan
Nombor permohonan akan diberikan untuk menyemak status permohonan anda.



L.O.V.E : saya anak Malaysia!!!

 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih ler...sebab komen... :) jangan segan2 singgah ler selalu yek...tq bebeh....