Jan 2, 2011

3.1.2011 ada apa dengannya...

salam blogger...

ada apa dengan 3 januari...untuk mereka2 mungkin tiada apa2..

masih ingat lagi hari itu...
dia lafaz nikahnya...
"aku terima nikahnya zariasya binti jumaat dengan mas kahwinnya 22.50 tunai.."
harapan hidup bersama insan yang tersayang terkabul sudah...



jangan ditanya berapa usia hidup bersama...
kerana manisnya masih terasa... masih bergandingan tangan...masih sokong menyokong tatkala malang menimpa...masih cinta menyintai walaupun kadangkala hati guris luka dek kata2..masih bahagia umpama malam pertama...

kehadiran dia buah hati baba...lagi menyemarakkan kasih sayang yang sedia marak...dan makin bercambah hingga kini makin melimpah ruah makin melaut...dan tiada tolok bandingnya,,,



tidak peduli diri aku di duakan oleh 'dia'...kekasih hati seseorang yang bergelar suami.. melihat kebahagiaan ini, diri ini sentias menadah tangan supaya kebahagiaan ini dikekalkan hingga akhir hayat..



dan kami semakin melayari bahagia ini bertiga...
terima kasih sayang kerana menerima aku seadanya...
melayan kerenah dan meroyan yang tiba2 datang tak tentu ketika..
memeluk ketika hati benar2 rasa derita..sarat dan sengsara...
menyelimuti aku dengan kasih sayang yang tiada terhingga...
menemani aku, mengasihi aku, menyayangi aku.....

selamat ulang tahun perkahwinan kita sayang...semoga kegembiraan ini tiada gantinya hingga terhentinya nafas ini...

L.O.V.E : mengapa air mata ini mengalir..?? mungkin kerana cinta yang tidak terhingga...terima kasih Ya Allah...


Dec 31, 2010

2011 dan sesuatu yang bernama azam...

salam blogger....

2011 merangkak mengambil tempat menggantikan 2010...
rasa macam baru semalam 1.1.2010 alih2 2011 dah mengambil tempat...
betapa lajunya masa meninggalkan orang2 yang tidak menghargainya...

kepada semua, selamat tahun baru 2011..
apa azam anda??

korang nak tau apa azam aku..jeng3
jom chek it out...

1. Nak jadi isteri yang lebih baik untuk suami aku.. (walau dia tak penah komplen pon aku tak baik, tapi terasa sendiri sbb kuat sangat 'ngentannyer'.. heheheh)
2. nak beli peti ais besar yang 2pintu punye...(sbb peti ais yg ada dah segan2 idupnye)
3. of kos nak besarkan buah ati pengarang jantung aku dengan sebaik mungkin...(nak ajar dia ABC..baca quraan...sembahyang...banyak ler...)
4. nak belajo masak.. (sob..sob..sob...ni azam yang cary forward taun 2010 punye...hehehe)
5. Nak lebih berbakti pada orang tua aku.. (kerana aku sangat sayang mereka)
6. nak kerja dengan lebih beretika lagi... (wahahahahah betol nih, cakap masjid..)

dan terakhirnya....
7. nak kuruskan badan dengan memakai primium premium beautiful corset...harap2 dapat la akak disiplin dengan pakainya selama 8jam sehari ( ayat ini terpaksa di besarkan sebab nampak sangat poyonya..wahahahahaha)


hey korang..jangan la ketawa2 dengan azam akak yang paling last nih...heyyyy..akak dah order ok set primium premium beautiful nih...wakakakaka..macam tak caya jek kan???


ha ni la muka orang yang berazam bagai nak rak nih....harap tahun 2011 jangan azam tinggal azam jek...berusahalah..!!!


kepada kengkawan semua selamat berjimba2 di dataran mana2 lah yang korang suka...tapi ingat di mana anda berada..sentiasa la ingat orang yang menanti di rumah...klu nak merempit tu berhemah la sikit...sambutan tahun baru akak hanya biasa2 sahaja..di depan tv sambil update blog yang dah nak tumbuh cendawan...


L.O.V.E : happy new year 2011 uooollllssssss!!! bubbye.........muahhhhhxxxxx!