Mar 8, 2012

tahniah penjawat awam semalaya............

salam blogger.....

8/3/2012 sekali lagi dunia malaya bergegar...bukan kerana gempa..naauzubillah mohon Allah jauhkan...tetapi dengan sorakkan seluruh penjawat awam yang rata2nya berpuas hati sebab SBPA dibatalkan...




PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya berkuatkuasa pada 1 Jan 2012 dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

Perdana Menteri juga mengumumkan penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan untuk penjawat pada masa depan.Beliau juga mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54, bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).

Najib juga mengumumkan jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.

Bagi Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Najib mengumumkan kenaikan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.

Najib membuat pengumuman itu pada perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.–BERNAMA


berita dan gambar from mynewshub klik sini untuk view..


gagah  memasing berdiri nak dengo apa kata PM pasal gaji...cube klu pasal lain yang tak melibatkan gaji..yang hadooo diaorang nak bediri2 gini......ahhahahaha (melawak jek ye jangan mare suma). Yang merah2 tuh ada ler kena mengena dengan kc...Alhamdulillah....rezeki kaum keluarga.... dan anak2...

sewaktu PM buat pngumuman nih kc betol2 dengah dalam klas mengajo kat Kolej Cawangan..tapi kelas tuh betol2 ada akses ke pejabat...so bila dengar orang2 kat pejabat tuh bising2 sebut naik la..kecewa la..hadoooiiii hati tak tenteram jek nak abiskan..last2 minit bagi studen buat latihan sikit...dengan kc2 menyembang pasal gaji....lege terus dengar...


L.O.V.E : pangkah la yang mana patut......hihihihih

1 comment:

  1. al-hamdulillah.....
    ada la bahagian gaji ko utk aku yek... aku kan kaum keluarga ko... hehehehe....

    ReplyDelete

Terima kasih ler...sebab komen... :) jangan segan2 singgah ler selalu yek...tq bebeh....