Feb 27, 2010

sebumbung tapi tak sama....mengapa??

banyak yang nak aku perkatakan...banyak jugak dalam fikiran...tapi apa nak di dulukan...hmmmm...jap2 pk dalam2....bercerita lagi pasal kehidupan setelah bergelar suri hidup kepada sang suami tercinta...tapi smp skarang kami sebumbung tapi tak sama...ada yang tak sama...makan?? sama citarasa setakat ni...susun atur rumah...rasanya sama jugak....abis apa yang ak sama....dah tentu la pasal
HobI....
sang suami tercinta maafkan isterimu atas tulisan ini..hanya untuk bersuka hati...
berkata-kata pasal hobi sang suami tercinta..tak tau la bilanya bermula..setahu aku dari zaman dahulu kala dia dah berkecimpung dengan sukan jari nih..


ni la HOBI sang suami tercinta....Playstation...dari mendealah ni no 1samPai no 2...last 3 ...hobinya ttp sama...hmmm...
'penyakitnya' bertambah menjadi2 bila sang suami berjumpa regu permainannya..siapa lagi...chu yang dah bertambah gumuks dek kerana banyak sangat relek kat tmpt kejenya..gaknye la..sory chu..hihihih...klu nak kira waktu bermain...dari mula mata celik smp mata tak boleh nak celik lagi...hmmm...
regu terbaik sepanjang zaman...

mula lah..aku mencari alternatif lain...sambIl mendodoi buah hati pengarang jantung di bawah hembusan ekon 1hospower...yang konfem aku tak berpeluang menatap tv yang nampak lebar je dari jauh...alunan lagu dari cd winning eleven 2010 aku dah naik muak..dah naik hafal bait2 lagu...nasib ada penghibur hati..walau saluran 1,2,3 jek yang dapat...jadi la dari aku kena sama2 jadi tukang sorak bila sang suami berjaya mengelicik dan golkan bola..hurmmm..

terima kasih la kepada...tv 14' zaman sang suami bujang lagi tv yang banyak berjasa..menjadi penghibur dikala aku betol2 inginkan orang berbicara..dahagakan informasi terkini...kalau korang perasan...speaker tv ni pun dah nazak sangat dah...dah terkeluar dari landasan asal...hehehe...sound yang kadang2..kuat n pelan sendiri..tperanjat kadang2 klu tv tiba2 menjerit kuat...


TAPI....
nasib ada streamyx..ada la sesuatu yang boleh aku harapkan time sang suami tercinta layan bola sampai ke stamford bridge..hurmmm...makin terisi masa lapang..terutama time macam skang nih...sang puteri sedang lena diulit mimpi...


walaupun sebumbung tapi tak sama...sang suami masih dengan tugas2 sepertia biasa..terima kasih wahai sang suami yang sentiasa menerima dan memberi...aku bahagia kini..hobi...memang la lebih manis dan bergula bila kita saling lengkap melengkapi...bayangkan bila aku dan sang suami mempunyai hobi menyepak bola di TV yang sama...tak ke haru tuh...biar la dia dengan hobinya....itu lebih baik dari dia lepak kat kedai2 mamak sampai tak tau hari...masih boleh la di minta tolong itu ini....

.

.

LOVE : thanks hubby ..your heart is my home..warm.. cozy..and nice..Its the only place i want to be in..morning..noon n night...I luv u...huhuhuhu

Feb 24, 2010

adam......hawa....

Adam..
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yg soleh buat ibu bapamu serta saudara2mu & jugak jiran tetanggamu
Andai engkau sudah beristeri, jadilah suami yang meringankan beban isteri mu
Andai engkau sudah menjadi bapa, didiklah isteri dan anakmu sehingga dia tidak gentar menjalani kehidupan mengikut agama Allah

Adam ..
Andai engkau belum berkahwin, hormatilah wanita-wanita yg engkau kenali,
Ingatlah engkau jugak dilahirkan oleh insan wanita
Ingatlah Adam bahawa lelaki yang baik adalah pelindung kaum wanita,
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan perempuan yang bukan muhrim,
Kerana dikhuatiri bila dari mata jatuh kehati,
Maka lahirnya senyuman serta tercetusnya salam,
Dan sekali gus di susuli dengan pertemuan,
Takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Adam ...
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,
Lelaki yang baik bersedia membimbing sesiapa sahaja atas agama-NYA
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya.
Kerana dia tahu matlamat dalam kehidupan adalah mengukuh ikatan tali persaudaraan.

Oleh itu Adam ..
Jagalah pandanganmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu,
Malulah kamu jika bergelar lelaki tapi berakhlak sebaliknya
Cintailah Allah dikala susah dan senang
Kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah.
Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan memperolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.
Cintailah sesama manusia kerana itu adalah jalan agama-NYA
Janganlah menjadi lelaki yg dilahirkan wanita yg tangannya mengoncang dunia menjadi lelaki mengoncang iman wanita.
Hawa..
Andai engkau masih remaja,
Jadilah anak yang solehah buat ibu bapamu
Andai engkau sudah bersuami,
Jadilah isteri yang meringankan beban suami mu
Andai engkau masih ibu,
Didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan agama Allah

Hawa..
Andai engkau belum berkahwin,
Jangan kau risau jodohmu,
Ingatlah Hawa janji tuhan kita,
Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik,
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim,
Kerana aku khuatir,
Dari mata jatuh kehati,
Maka lahirnya senyuman,
Maka tercetusnya salam,
Dan sekali gus di susuli dengan pertemuan,
Takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa..
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,
Lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting agamanya.
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya.
Kerana dia tahu ape matlamatnya dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita,
Yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu Hawa ..
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu.
Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu,
Cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu,
Biarlah hanya cinta dari kedua ibu bapamu
Yang memberi hangat kebahagian buat dirimu,
Cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta
Keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa...
Cintailah Allah dikala susah dan senang
Kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah.
Cintailah kedua ibu bapamu,
Kerana kau akan memperolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu,
Kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.
Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga mengoncang iman lelaki.
love : hak ciplak terperihara..huhuhu...

Feb 1, 2010

puisi saya suka mary kay...hoho!!

zariasya : jerawat yang banyak tuh sudah tiada..saya suka!! heheheh
.
bagaimana nak memulakan kata..kalau gambar dah meluahkan segalanya..
bagaimanapun kata sahaja yang mampu menggambarkan betapa hati ini gembira..
hurmm...
.
salam semuanya..mari berkongsi pengalaman diri sebagai pedoman..
pertama kali dikenalkan..kunun tak mau lah hati ini tak berkenan..puas dipujuk rakan
saya tetap tahan...masa tu agaknye pembawakan...malas nak layan hal2 kecantikan...
.
kecantikan...dah lama saya idamkan..walau muka tak berapa nak mengancam..lantak la kan??? ada aku kesah..bilang sorang rakan..janji jerawat2 bukan lagi teman... time tido mau pun makan..apatah lagi time berjalan2...merimaskan..!!!
.
jerawat;
...lama menderita bukan tak di rawat...jenuh berubat..jauh dan dekat..produk apa jek yang tak lekat..bak mai cakap??? dwajah..cleopatra..felisa..suma dah penat..
sampailah hati terbuka
.
pada MARY KAY aku mengadu..
..lihatlah dunia mukaku..walau tak secun artis dulu2..tapi hati berlagu2..
jomla teman..apa lagi nak tunggu-tunggukan..mulakan la jaga kecantikan..pencuci, tonner, pelembab..suma menyeronokan..
kalau mekap lagi la..saya boleh jamin memang syok sakan..
harga??? bukan persoalan bila kecantikan yang dah didulukan..
.
selamat tinggal jerawat sekalian..terima kasihlah sebab menemankan...
sepanjang perjalanan..kau ku tinggalkan bukannya benci..sudah2 la meneman kesana sini..
.
jangan datang sama sekali..kerana MARY KAY tetap menemani...jerawat..klu ko berani..cube la datang lagi...kena halau ngan penyapu lidi...
.
.
.
LOVE :aku bukan membangga diri..sekadar suka hati..jerawat dah tiada lagi...hohohoho!!!
.
SALAM SATU MALAYSIA!!!