Jan 2, 2011

3.1.2011 ada apa dengannya...

salam blogger...

ada apa dengan 3 januari...untuk mereka2 mungkin tiada apa2..

masih ingat lagi hari itu...
dia lafaz nikahnya...
"aku terima nikahnya zariasya binti jumaat dengan mas kahwinnya 22.50 tunai.."
harapan hidup bersama insan yang tersayang terkabul sudah...



jangan ditanya berapa usia hidup bersama...
kerana manisnya masih terasa... masih bergandingan tangan...masih sokong menyokong tatkala malang menimpa...masih cinta menyintai walaupun kadangkala hati guris luka dek kata2..masih bahagia umpama malam pertama...

kehadiran dia buah hati baba...lagi menyemarakkan kasih sayang yang sedia marak...dan makin bercambah hingga kini makin melimpah ruah makin melaut...dan tiada tolok bandingnya,,,



tidak peduli diri aku di duakan oleh 'dia'...kekasih hati seseorang yang bergelar suami.. melihat kebahagiaan ini, diri ini sentias menadah tangan supaya kebahagiaan ini dikekalkan hingga akhir hayat..



dan kami semakin melayari bahagia ini bertiga...
terima kasih sayang kerana menerima aku seadanya...
melayan kerenah dan meroyan yang tiba2 datang tak tentu ketika..
memeluk ketika hati benar2 rasa derita..sarat dan sengsara...
menyelimuti aku dengan kasih sayang yang tiada terhingga...
menemani aku, mengasihi aku, menyayangi aku.....

selamat ulang tahun perkahwinan kita sayang...semoga kegembiraan ini tiada gantinya hingga terhentinya nafas ini...

L.O.V.E : mengapa air mata ini mengalir..?? mungkin kerana cinta yang tidak terhingga...terima kasih Ya Allah...


3 comments:

  1. tahniah..harap kami juga boleh bahagia mcm k.cah..=)

    ReplyDelete
  2. zoey : terima kasih...mudah2 an...kena menerima dengan seadanya..setiap pasangan dilahirkan dengan kelebihan dan kekurangan masing...

    CCE : tema kasih...CCE bila lagi..rugi kawin lambat2,,,heheheh

    ReplyDelete

Terima kasih ler...sebab komen... :) jangan segan2 singgah ler selalu yek...tq bebeh....