rasanya semua pensyarah2 atau cikgu2 atau semua pendidik akan melalui fasa red pen mood..iaitu fasa menanda kertas soalan....yang bestnya bila jawapan semua betol senang nak tanda ikut skima..tak kurang jugak yang tak jawab langsung....lagi senang nak pangkah terus..dapat '0'...habis cerita...
cam ni la keadaan meja tiap kali kena menanda kertas soalan...bersepah2 macam hape...semester nih merupakan semester yang terakhir untuk kc mengajar modul SPA 305 - Sains gunaan 2..sebab lepas nih semua Kolej Komuniti dah tukar sistem Modular...ada gak Kolej yang akan jalan sistem Full Time studen macam biasa..sebab ada kos yang tidak boleh di Modularkan....
Modular ni apa?? Ramai yang tertanya2 pasal Modular nih..KC cuba terangkan dalam bahasa yang paling mudah....sistem modular nih adalah seperti sistem terbuka, pelajar tak perlu untuk mengambil semua SMK mengikut turutan untuk mendapatkan Sijil Kolej Komuniti..kalau dalam sistem semester yang biasa..studen kena ambik semester 1 dulu..dah lulus ambik sem 2 dah lulus ambik sem 3 dan seterusnya smp grade. Tapi dalam sistem modular studen free nak ambik mana2 SMK tanpa mengikut turutan TAPI ianya bergantung kepada kesediaan sesebuah kolej sama ada Kolej itu sudah bersiap sedia dengan SMK yang berkenaan dari segi Pensyarahnya..modulnya dan sebagainya....KC bagi contoh....
Bidang Pastry
SMK 1 : Pembuatan Kek (Cake making) 4 bulan
SMK 2 : Hiasan Kek (Cake Decorating) 5 bulan
SMK 3 : Pembuatan Roti (Bread Making) 4 Bulan
SMK 4 : Pembutan Kuih Muih Tempatan (Local delicacies) 3bulan
SMK 5 : Pembuatan Biskut (Cookies Making) 3 Bulan
SMK 6 : Pembuatan Pencuci Mulut (dessert making) 3 bulan
Jika Pelajar datang ke Kolej dan ambik SMK 1 apabila habis jek SMK 1 selama 4 bulan pelajar akan dapat Sijil Modular Kebangsaan untuk SMK tersebut...so dia sambung lagi ke SMK 2 habis jek 5bulan..dia dapat pulak Sijil untuk SMK 2 tuh..dan setersunya...pelajar boleh mengikuti SMK yang di mahu sahaja..contoh dia dah terrer buat roti taknak ambik SMK 3 : Pembuatan Roti..tak de masalah...sebab tiada paksaan untuk dia mengambilnya...untuk pekerja2 bidang pastry yang nak meningkatkan kemahiran dalam bidang mereka digalakkan memohon...dan pelajar juga boleh ambik mula2 SMK 1..then lompat SMK 3..sambung semula SMK 2 dan seterusnya...bergantung kepada Kolej itu SMK mana yang di tawarkan pada sesi berkenaan...
So..bila seseorang studen katalah dia menghabiskan kesemua SMK 1 - 6 studen tersebut layak di anugerakhan Sijil Kolej Komuniti (SKK) dengan syarat..pelajar tersebut telah memasuki kelas Program Wajib Kolej (PWK) seperti Kemahiran Insaniah, Bahasa Inggeris dan Asas Ibadah Solat. SYARAT PENTING..studen kena lulus SEMUA SMK yang di ambilnya....Jangan lupa juga....RM250 akan diberikan kepada studen yang layak setelah menjalani sesi tapisan oleh pegawai yang dilantik sebagai elaun bulanan...suka tak????
Banyak kursus2 yang ditawarkan oleh setiap Kolej Komuniti Di seluruh Malaysia..rajin2 ler berkunjung ke Web site mereka..taip jek kat google...SENARAI KURSUS SIJIL MODULAR KEBANGSAAN KOLEJ KOMUNITI DI MALAYSIA..bederet la kang maklumat datang...
MAKLUMAT SELANJUTNYA SILA KUNJUNGI www.kklej.edu.my
kan dah merapik....takpe yang tu tadi iklan Kolej Komuniti...tengok la...studen sekarang punya perangai....ada ke patut dia suruh kc cari jawapan yang dia buat dalam kertas soalan...tak patut..tak patut....tu belon cerita lagi bab dah ajar 2 semester pon tak tau eja nama dengan betol...my name is ZARIASYA BINTI JUMAAT ok...hhihihih
L.O.V.E : jadi guru sabar kena banyak!!!...urut dada sambil ISTIGFAR.....
No comments:
Post a Comment
Terima kasih ler...sebab komen... :) jangan segan2 singgah ler selalu yek...tq bebeh....