Salam Semuanya..........
KC mulakan kata2 dengan senyuman si manis.....
KC ingin berkongsi satu artikel yang kc baca kat fb dari wonderfullife.my
Korang pernah tak dengar selalu kawan2 atau kita sendiri cakap kat kawan2 kita “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Ada???
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik yang jadi kat seluruh kehidupan kita....ianya berlaku samada kita perasan atau tak jek...
Tak percaya...jom kita tengok satu persatu...........
1. Tanpa kita sedari kita menemui kekuatan dalaman kita.
2. Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!! KC merindui saat itu..tapi KC belom menemui titik kekuatan untuk kembali memboyot...sakittt wwwoooo nak beranak tuh....
3. Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi untuk menguruskan si manja.
4. Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru. KC sendiri merasakan kelainannya...
5. Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..Yang ini sangat betol....siksa sangat...
6. Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-) hahahahah
7. Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8. Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9. Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo! klu dulu time anak dara..nak soh cebok anak sedara bukan main liat lagi...sanggup buat2 tido la..buat2 sakit perut la..ahahahahah....
10. Kita akan lebih menghargai diri kita.
11. Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja. Ye selalu KC buat...hihihih (nasib jam kat thump print macam lewat sikit...hihihih
12. Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13. Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14. Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
15. Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16. Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17. Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18. Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
19. Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan! Kerana setiap perkembangan anak bermula dengan hari pertamanya.....
20. Kita akan turut menangis sewaktu kesakitan anak.....dan itu sangat pasti...
L.O.V.E : Setiap saat bersama si manis...memang sangat manis............
mama sayang Nur Airis Qaleesya sampai hujung nyawa mama....sob! sob! sob!
No comments:
Post a Comment
Terima kasih ler...sebab komen... :) jangan segan2 singgah ler selalu yek...tq bebeh....