Feb 8, 2011

dari seseorang yang bernama isteri....

salam blogger...





benar kata orang,
kehidupan suami isteri adalah saling lengkap melengkapi...
aku tak percaya pada perkataan sempurna dalam rumah tangga...
mereka yang menganggap diri mereka sempurna mungkin insan istimewa kerana ditakdirkan mereka begitu...hakikatnya banyak yang perlu diperbetulkan...
jangan mejaja pasal kesempurnaan sesebuah rumahtangga...cuba lah mencari kekurangan dalam ikatan suci itu yang perlu diperbaiki...


belajar mengenali hati budi luar dan dalam pasangan tidak lah seindah waktu bercinta dulu...benar indahnya lebih, tapi pahitnya tak kurang juga...begitulah keadaan hidup berumahtangga kandang kala bergembira bersama...adakala mermasam muka..walhal bukannya kerana apa..perasaan cemburu dari pasangan yang tidak tentu tujuan kadang2 menyebabkan persengetaan...


wahai sang suami/laki2...ingatan untukmu dari seseorang yang bernama isteri..yang dijadikan dari rusuk kirimu...dekat dengan lenganmu untuk dibelai senitasa..rapat dengan hati untuk dikasihi...
perempuan memang dilahirkan sifatnya begitu,,,dahagakan pujian...inginkan belaian darimu...pujuklah hatinya tetakala hatinya duka..kerana wanita tidak akan mengalirkan air mata jika hatinya tidak duka...jika hatinya tidak terluka...

bagaimana rasanya melayari bahtera rumah tangga??? berbanggalah dengan pasangan kita kerana Allah telah tetapkan johoh kita dengan insan yang paling terbaik untuk diri kita semua....
tidak percaya bahawa pasangan kita adalah yang terbaik???? jika dia kurang pandai mengurus rumahtangga..tetapi lihatlah dia adalah insan penyayang dalam kehidupan, menjaga segala2nya dalam hidupmu...jika isteri  kurang rupawan tetapi lihatlah bahawa dia adalah seorang yang subur kerana melahirkan anak2 yang comel serta soleh/solehah untukmu...apa lagi yang di inginkan...apa lagi yang diharapkan...rupa yang rupawan..menjaminkah kesejahteraan...??



L.O.V.E : bukan apa2..hANya ingatan sesama kita...

4 comments:

Terima kasih ler...sebab komen... :) jangan segan2 singgah ler selalu yek...tq bebeh....