Apr 26, 2010
KOMUNIKASI SUAMI ISTERI : elakkan....??
Apr 21, 2010
tips untuk ibu bekerjaya...
tips ni bukan untuk orang lain...alkisah dikongsi juga untuk diri sendiri...
mudah2 an dapat memberi inspirasi..
dalam manjalani kehidupan ibu masakini.....
hurmmmm....
kita dah tak ada pilihan...
jom jenguk apa2 tips kalau2 kita boleh kongsi bersama...
Apr 19, 2010
entri kontot..
Apr 18, 2010
untuk kita..yang bergelar wanita...
Ketahuilah betapa hebatnya doa dalam melayari kehidupan…
Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukan hatinya dan hatiku…
Titipkan kebahagian antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…
Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi…
Seiringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…
Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh dari pandanganku…
Luputkan dia dari ingatanku…
Dan peliharalah aku dari kekecewaan…
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangnya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…
Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…
Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaanku…
Di dunia dan di akhirat…
Dengarkanlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini…
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat
Membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah…
Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan peliharalah kami dari azab api neraka…
Amin…amin…Ya Rabbal ‘aalamin.
Apr 13, 2010
mari bercium.....
1. cium dalam waktu yang lama ...awas jangan sampai lemas...hehehe..sewaktu bercium degup jantung akan bergerak dengan lebih pantas sehingga mencecah 11o kali seminit. Setelah itu paru2 akan bekerja dengan lebih keras sehingga mencapai 60 kali tarikan nafas (waktu tak bercium tarikan nafas hanya 20kali sahaja...) bayangkan la...ini akan dapat mengelakkan penyakit lemah peparu...
2. Yang ni best....bercium dapat mengelakkan gigi berlubang...(alamatnye kurang kerja la doktor gigi)mengapa ?? kerana ciuman akan menyebabkan rembesan air liur berlaku yang mana ianya boleh meneutralkan cecair berasid yang boleh menyebabkan kerosakan gigi..so pas ni pegi kerja tak payah gosok gg...bercium sudah memadai...wakakakakakakka...
3. Ciuman lebih dari 3minit...kerana apa? ciuman yang lebih 3minit akan mengurangkan stress kerana sewaktu bercium rembesan hormon yang menyebabkan stress dapat dinyahkan.. tetapi di ingatkan kepada pasangan yang bekerja se opis jangan korang stress kerja korang bercium tepi kolam ke tepi pagar ke...kang korang kena baling ngan penyapu lak...hehehehe
4. yang ni aku suka...hehehh..dikatakan pakar...pasangan yang mengamalkan tabiat bercium contohnye nak berpisah sewaktu nak pergi kerja memberikan masa hidup 5 tahun lebih daripada orang yang tidak mengamalkannya...tapi korang jangan la bercium di depan pagar...agak kureng sopan nampakgayanye...heheheh
5. Ciuman dapat membakar 2-3 kalori seminit dan ianya dapat meningkatkan metabolisma malah pakar mendakwa bahawa ciuman yang dilakukan dengan penuh ghairah sebanyak 3 kali sehari tatapi sekurang2nya 20saat setiap kali bercium dapat mengurangkan berat badan...so ibu2 yang agak2 risau dengan berat badan sekarang nih tak payah kuar jogong...bercium jek la kerja korang...
6. Ciuman dapat menghindarkan kendur kulit pada muka seterusnya dapat membantu kulit menjadi halus seterusnya meningkat peredaran darah...WHY?? because...sewaktu ciuman ghairah dikatakan tidak kurang 33 otot muka digerakkan so...senaman muka lah tuh....hubby aku cakap..elok la tu tak payah guna MARY KAY dah...huh...tak leh terima tol...
7. Bercium sangat baik untuk jantung dan dapat menurunkan kolestrol...
8. Mereka yang rajin bercium didapati jarang menghadapi masalah sakit perut...diaorang yang selalu sakkit perut disarankan mengamalkan aktiviti ini...
so kengkawan....apa lagi mari la kita sama2 mulakan aktiviti sihat ini...diulangi sekali lagi...ianya hanya sah untuk mereka yang sudah bergelar puan dan tuan sahaja...kepada yang bergelar CIK, MS J atau MR D...tunggu la korang tukar tittle dulu k....
L.O.V.E : tengok kiri kanan bila nak bercium..heheheh
Apr 1, 2010
s.y.u.k.u.r.
Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apa pun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.
Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.
Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !!
LOVE : berfikir sejenak...adakah jauh perjalanan di izin tuhan....bila teringatkan Allahyarham Din Beramboi yang pergi sekelip mata...Tuhan Maha Berkuasa atas hambanya....Alfatihah untuk Allahyarham...